Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hijau
Rujuk :mentah

Puisi
 

Hijau-hijau daun keladi,
     Mari makan di pagi hari;
Hendak dikesal tak guna lagi,
     Cari lain sebagai ganti.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Air laut hijau siapa celup?

Bermaksud :

Kemegahan dan kemewahan tidak payah diheboh-hebohkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Hijau-hijau baju si dayang, Untuk dipakai di pagi hari; Hati risau bercampur sayang, Badan mengamuk seorang diri.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Hijau-hijau si bulu serindit, Makan mari jambu mawar; Berapa tahun hujan di langit, Air di laut tidaklah tawar.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Hijau-hijau daun keladi, Mari makan di pagi hari; Hendak dikesal tak guna lagi, Cari lain sebagai ganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hijau-hijau air perigi, Kaca remuk di dalam puan; Tuan mengigau saya bermimpi, Mimpi tak salah muka tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pisang hijau masaknya hijau, Nanti layu tidak layu; Tinggi rendah mata meninjau, Nanti lalu tidak lalu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hijau dada burung serindit, Kuberi makan jambu mawar; Walau setahun hujan di langit, Air di laut haram tak tawar.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Hijau kuning bunga kenanga, Dipatah dahan bagai nak runtuh; Putih kuning bijaklaksana, Itu memberi imanku jatuh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kacang hijau kacang merah, Ditanam orang di lereng bukit; George Chan segera diberi anugerah, Anugerah teringgi dari Kelabit.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Kacang hijau diberi gula, Sudah masak jadi penganan; Abang risau hati menggila, Kekasih lesap dibawa orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kacang hijau diberi gula, Sudah masak jadi penganan; Abang risau hati menggila, Dah lama tegak menanti tuan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas