Asap api jauh ke darat, Tempat orang menganyam kulit; Hina besi kerana karat, Hina dagang tidak berduit. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Kata tua kata berpadan, Berpadan kata dengan isinya; Hina bangsa tiada pedoman, Badan hina hilang budinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kisah putri Sejinjang, Bertabur jadi tanah; Suka hina orang, Suka buat fitnah. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
Kata tua kata alim, Alim memakai Kitabullah; Hina bangsa beraja zalim, Zalim sampai ke dalam tanah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata tua kata penegas, Penegas adat dengan lembaga; Hina bangsa suka berkeras, Berkeras cepat membawa bala. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata tua kata penyejuk, Penyejuk hati penenang jiwa; Hina bangsa suka merajuk, Merajuk lari membuang nama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata tua kata bertuah, Tuah melekat seisi alam; Hina bangsa kerana lemah, Lemah akibat tidak sefaham. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata tua kata bermanfaat, Banyak manfaat dapat dirasa; Hina bangsa tiada muafakat, Tidak muafakat umat binasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata tua kata bermalu, Malu berbuat kerja menyalah; Hina bangsa kerana berseteru, Seteru membuang berpecah belah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata tua kata bersendi, Sendinya Quran berserta sunah; Hina bangsa kerana keji, Keji berkawan gila memerintah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |