Hujan lebat di tanah Jambi, Naik ke darat bertanam getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan lebat haram tak basah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Hujan lebat cuaca buruk, Tambah pula bukit-bukitan; Di sana sini berbau busuk, Mayat juga tidak kelihatan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Hujan lebat guruh mendayu, Hari petang bertambah senja; Badan penat tubuh pun lesu, Bini garang habislah daya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Hujan lebat di Gunung Api, Bakar udang di tengah reba; Saya tak larang tuan berlaki, Kasih sayang jangan dilupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Hujan lebat selalu bah, Bunyi berdentum tali temali; Hendak balik serba salah, Baik kulangsung sama sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Hujan lebat sepagi hari, Kerana persandingan pengantin muda; Biarlah abang membawa diri, Kerana adinda sudah berada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hujan lebat perigi penuh, Kapal besar dari muara; Kalau tak dapat si buntar penuh, Biar kumati berbuang nyawa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Andainya hujan lebat mencurah, Eloklah kita membawa payung; Andainya kawan dapat musibah, Eloklah kita segera menolong. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Andainya hujan lebat sekali, Jangan pergi menahan jerat; Andainya kawan mendapat rezeki, Jangan mengiri atau mengumpat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana titi takkan terendam , Hujan lebat sebelah hulu; Bagaimana kami takkan berdendam, Tuan mendapat pasangan baru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |