Kalau nak hujan hujan sekali, Boleh saya bertudung kain; Nak buang buang sekali, Boleh saya mencari lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hujan di hulu hujan di hilir, Hujan turun rintik-rintik; Pandang dagu pandang leher, Pandang kening bertambah cantik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hujan di hulu hujan di hilir, Hujan di Teming membawa rintik; Pandang ke bahu pandang ke leher, Pandang ke kening membawa cantik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hujan panas berderai, embun berderai, Sayang ketupat inti, berisi inti; Hancur daging berkecai, tulang berkecai, Belum dapat berhenti, belum berhenti. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Hujan lebat cuaca buruk, Tambah pula bukit-bukitan; Di sana sini berbau busuk, Mayat juga tidak kelihatan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Hujan lebat guruh mendayu, Hari petang bertambah senja; Badan penat tubuh pun lesu, Bini garang habislah daya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Hujan mencurah sebelah hulu, Larilah rusa ke balik dinding; Bukan kumarah kerana cemburu, Marah kerana adik menjeling. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hujan panas di tengah hari, Tanda alamat hari kan buruk; Bukan kupanas kerana iri, Panas melihat adik merajuk. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hujan renyai-renyai, Pacat naik kaki; Orang bujang ramai-ramai, Pakat cari laki. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Hujan rangkap Kuala Linggi, Tanamlah Lengkuas hutan seberang; Saya berangkat dari sini, Hati puas telinga terang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |