Sayang galah hujungnya tirus, Hendak mengait sarang merpati; Demi Allah sumpah putus, Sudah berjanji wajib tepati. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Potong sirih kutil hujungnya, Potong sampai kedai Cina; Datang kasih memujuk-mujuknya, Kasih tidak berkekal lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Badak bukan sebarang badak, Badak bercula hujungnya runcing; Palakku bukan sebarang palak, Palak kerana abang berpaling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Benang kusut jangan disentak, Carikan cepat mana hujungnya; Abang mengikut sebarang pintak, Asalkan dapat hidup bersama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Besarlah batang sagu bertampin, Bila dikerat mati hujungnya; Besarlah hutang menjadi pemimpin, Dunia akhirat yang ditanggungnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Apa disesal kayu berdiri, Tiada rebah tiada berguna; Apa disesal semahu diri, Sial tuah sial hujungnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |