Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahagian atas sungai, udik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bahagian atas (sungai dll), udik, lwn hilir: air sungai yg deras mengalir dr ~; di ~ sungai ada air terjun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hulu (kata nama)
1. Rujuk tangkai

2. Bersinonim dengan pedalaman: udik, banat,
Berantonim dengan bandar

3. Bersinonim dengan mudik: udik, bahagian atas,
Berantonim dengan hilir

Kata Terbitan : menghulu, menghulukan,

Puisi
 

Sungai Apu air mengalir,
     Tempat orang menuba ikan;
Adik ke hulu abang ke hilir,
     Sama-sama tolak belakang.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Belat mana yang kita pasang, Belat di hulu-hulu sungai; Adat mana yang kita bilang, Adat Melayu yang kita pakai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mudik ke hulu Sungai Pak Jeli, Membawa salam dari kami; Cik adik pandai berjual beli, Jimat belanja teguh ekonomi.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Saga serumpun di hulu sungai, Buat pengikat bilah dapur; Adik sepantun getah punai, Lekat tak lekat bulu bertabur.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jauh dekat orang menjala, Menjala udang di hulu sungai; Jauh dekat datanglah bala, Bala datang mati meragai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jauh dekat orang menjala, Menjala udang di hulu sungai; Jauh adat datanglah bala, Bala datang malu terburai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang berdedai berburu todak, Merata sungai hingga ke hulu; Abang bagaikan baju yang koyak, Siapa memakai tentulah malu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sungai Apu air mengalir, Tempat orang menuba ikan; Adik ke hulu abang ke hilir, Sama-sama tolak belakang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kak Esah berumah ke hulu, Bawa menjahit rumai Brunei; Hendak terkenang permainan dahulu, Air mata berlinang ke sungai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas