Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.lu.ba.lang] | هولوبالڠ

Definisi : 1. ketua pasukan askar, pemimpin pasukan; 2. (Acheh) kepala negeri (daerah); 3. Pr gelaran orang besar yg delapan; 4. askar pengawal; 5. pengawal keamanan kampung, dubalang; ~ asal sl kepala bentara yg dr kanan; habis ~ bersiak prb apabila tiba masa, jika perlu wang, dijual apa saja yg ada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.lu.ba.lang] | هولوبالڠ

Definisi : orang yg memimpin pasukan askar; pemimpin atau ketua pasukan askar: Hang Tuah ialah ~ Melayu yg masyhur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hulubalang
Rujuk :perajurit


Pantun

PantunSumberTema
Kalau selalu bermain silat, Lambat-laun jadi hulubalang; Kalaulah malu bekerja berat, Lambat-laun mati berhutang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Panjang serabut tali belati, Jejak ke tanah batang cendawan; Yang disebut hulubalang sejati, Tidak pernah membilang lawan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Gajah jatuh masuk ke lubang, Kakinya patah duduk meraung; Gagah sungguh Datuk Hulubalang, Bininya saja sepepak kampung.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas