Yang lurus tidakkan menipu, Ingat hutangnya banyak sedikit; Orang kurus awak yang pilu, Melihat tulangnya berpalut kulit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Adat Melayu memantangkan tamak, Orang tamak diperbudakkan nafsu; Tabiat penipu hutangnya banyak, Hutang banyak banyaklah seteru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Besar kayu besar batangnya, Bila tak patah tentulah tinggi; Besar malu besar hutangnya, Bila tak luka tentulah mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana pondok takkan condong, Bila tiangnya semuanya bengkok; Bagaimana duduk takkan bingung, Bila hutangnya sudah bertompok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Aur tumbuh di tepi ladang, Batangnya banyak cepat besar; Hancur tubuh budi dikenang, Hutangnya tidak dapat dibayar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Jangan suka membeli madu, Madu itu berat timbangnya; Jangan suka memberi malu, Malu itu berat hutangnya | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Baik-baik nak makan keladi, Keladi itu ada miangnya; Baik-baik nak termakan budi, Budi itu ada hutangnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |