Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang tua (yakni emak dan ayah); keibubapaan (sifat, hal, dsb) yg berkaitan dgn ibu bapa: dgn adanya ilmu ~ ini, mereka tidak akan meraba-raba dlm kesamaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang tua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang tua (yakni emak dan ayah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ibu (kata nama)
1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat,
Berantonim dengan bapa

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan induk, inti, pokok,

Kata Terbitan : keibuan,

Puisi
 

Nisan batu tambak belian,
     Jari jangan diberi luka;
Amanah ibu bapa pesan,
     Janji jangan diberi lupa.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Jangan meludah ke langit.

Bermaksud :

Jangan mengeji (mencela) ibu bapa atau saudara mara sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Pantun

PantunSumberTema
Taat Melayu ke ibu bapa, Pantang sekali bercakap kasar; Adat berguru mau disapa, Berlapang hati bersikap benar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kemili sejunjung naik, Mari digali dengan pahat putar; Ibu bapa sendiri jemputlah naik, Saya sudah bentangkan tikar.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Nisan batu tambak belian, Jari jangan diberi luka; Amanah ibu bapa pesan, Janji jangan diberi lupa.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ambil kapak di tengah laman, Tanam sirih tepi telaga; Ibu bapa tentu tak berkenan, Sekalian waris pun tak suka.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bunga rampai dalam cepu, Taruh mari dalam raga; Ucap selamat pengantin baru, Ibu bapa menumpang suka.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tanda adat bersendi syarak, Adat memelihara petua ulama; Tanda umat berbudi akhlak, Taat setia ke ibu bapa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jika puan betul nareka, Tareka saya kain kasa; Jika tuan benar suka, Pulang berunding dengan ibu bapa.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pucuk perah selara perah, Pucuk kundur ngelai ke hulu; Ibu dan bapa sudahlah marah, Biar saya balik dulu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Burung merpati bertelur tunggal, Menetas anak turun ke paya; Ibu mati bapa pun meninggal, Di manalah tempat kami nak bermanja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merpati beranak tunggal, Mati dibela di kaki meja; Ibu mati bapa tinggal, Mana tempat tumpang bermanja?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas