Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ibu (kata nama)
1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat,
Berantonim dengan bapa

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan induk, inti, pokok,

Kata Terbitan : keibuan,


Pantun

PantunSumberTema
Apabila liat kayu dikapak, Susah payah orang bekerja; Apabila taat ibu dan bapak, Rumah tangga senang sentosa.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila liat kayu dikapak, Tentu keringat banyak meleleh; Apabila taat ibu dan bapak, Hidup sentosa anak menakah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila liat kayu dikapak, Tentu keringat banyak meleleh; Apabila taat ibu dan bapak, Tentu mendapat anak yang soleh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tarah bertarah kayu dikupak, Di dalam tarah ada batangnya; Semarah-marah ibu dan bapak, Di dalam marah ada sayangnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jangan ditebang kayu nan rampak, Kalau ditebang dahan terkerat; Jangan ditentang ibu dan bapak, Kalau ditentang badan melarat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Daun terap gugur melayang, Kayu ara di Kampung Bukit; Harapnya abang ibu melayang, Harapnya adik tidak sedikit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Supaya kuncup jangan berkarat Kayu yang semak kita siangi; Supaya hidup jangan melarat, Ibu dan bapak kita sayangi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau kuncup hendak berbuah, Jangan ditebang kayu nan rampak; Kalau hidup hendak bertuah, Jangan dibuang ibu dan bapak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas