Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.da.man] | ايدامن

Definisi : hasrat, keinginan, sesuatu yg diidam-idamkan: dia selalu mengenangkan gadis ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.da.man] | ايدامن

Definisi : apa-apa yg diidamkan; kemahuan; keinginan: Mati syahid menjadi ~ Nikman dan pasukan tenteranya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
idam
Kata Terbitan : mengidam, mengidamkan, idaman,

Puisi
 

Taman lipur di Pulau Tioman,
     Rumput kering lepas ditajak;
Terpisah sudah dara idaman,
     Runtuhlah tiang tempat berpijak.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

183

Like father, like son

Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed.

Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bagaimana acuan begitulah kuihnya .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Adapun hajat sebenar hajat, Idaman orang siang dan malam; Adapun adat sebenar adat, Bertiang kepada ajaran Islam.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Zaman kini berubah jauh, Jantan betina sama serupa; Idaman hati sudah menjauh, Badan merana sukma hampa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jauh berjalan payahlah kaki, Penatlah betis letak anggota; Jodoh idaman sudah berlaki, Hendak menangis awaklah tua.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bunga ros bunga melati, Bersama dengan bunga cempaka; Bila bersua idaman hati, Luput segala hati nan duka.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Taman lipur di Pulau Tioman, Rumput kering lepas ditajak; Terpisah sudah dara idaman, Runtuhlah tiang tempat berpijak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pergi ke perigi mengambil timba, Timba terletak tepi halaman; Walaupun banyak kembang di rimba, Mawar di jambangan jadi idaman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas