Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ju/] | ايجوق

Definisi : sj serabut yg berwarna hitam pd pangkal pelepah enau (boleh dibuat tali dan atap); atap ~ atap yg dibuat drpd ijuk; tali ~ tali yg dibuat (dipintal) drpd ijuk; ~ sebelembang, tali di situ keluan di situ prb, Mn pencarian yg tidak memadai pd hal tanggungan banyak; bagai mencari kutu dlm ~ prb terlalu susah hendak mencari sesuatu (orang dll); ranap pertulang ~ penebal prb pencarian tambahan (bukan utk penghidupan); tampak ~ tak bersagar, lurah tak berbatu prb, Mn seseorang yg tidak mempunyai keluarga dan saudara-mara yg dimalui (ditakuti) orang; mengijuk macam ijuk (bkn misai); terijuk Mn 1. kecewa; 2. mendapat malu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ju/] | ايجوق

Definisi : serabut yg terdapat pd pangkal pelepah pohon enau (dpt dibuat atap dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ijuk

Puisi
 

Sapa-sapa di tepi mahligai,
     Urat nanas jadikan ijuk;
Ilmu apa adik pakai,
     Hati yang panas menjadi sejuk.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Dek sukar berkampuh ijuk,
     nan adat diturut juga.

Bermaksud :

Adat yang tak boleh ditinggalkan, walaupun hidup melarat. berkampuh ijuk = bertudung atau berselimut ijuk.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

PantunSumberTema
Kerakap tumbuh di pantai, Pohon ijuk tumbuh berjajar; Bercakap kami tak pandai, Mohon ditunjuk dan diajar.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sapu bukan sebarang sapu Sapu ijuk gunanya banyak; Tahu bukan sebarang tahu, Tahu duduk sempurna tegak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau buat atap jerami, Jangan lupa atap ijuk; Kalau langit nak timpa bumi, Bolehkah ditahan dengan telunjuk?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Dari Johor ke Pulau Lingga, Esoknya balik membawa ijuk; Hatiku hancur tidak terkira, Menengok adik suka merajuk. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sapa-sapa di tepi mahligai, Urat nanas jadikan ijuk; Ilmu apa adik pakai, Hati yang panas menjadi sejuk.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas