Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ikan-ikan

Puisi
 

Banyak ikan perkara ikan,
     Ikan bilis sedap sekali;
Banyak hitam perkara hitam,
     Hitam manis pemurah hati.


Lihat selanjutnya...(210)
Peribahasa

Sebab nila setitik,
     rosak susu (= santan) sebelanga.

Bermaksud :

Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor).

 

Lihat selanjutnya...(91)


Pantun

PantunSumberTema
Ikan-ikan budu, Belum habis timbang, Bukan kami tak tahu, Jalan abang tempang.Pantun Melayu SarawakUsik-Usik
Anak ikan dimakan ikan, Ikan bernama si jarang lidi; Hilang intan berganti intan, Intan bernama payung negeri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Banyak ikan perkara ikan, Ikan bilis sedap sekali; Banyak hitam perkara hitam, Hitam manis pemurah hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak ikan perkara ikan, Ikan laut banyak lagi; Banyak hitam perkara hitam, Hitam manis menarik hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak ikan dimakan ikan, Ikan siar dalam tuar; Tahu makan tahu simpan, Rahsia kita jangan keluar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak ikan dimakan ikan, Ikan ini buang kepala; Hilang nyawa dari badan, Aku suka main berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Elok belat dapatlah ikan, Ikan pari ikan sembilang; Elok adat selamatlah badan, Saban hari berdada lapang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Baik-baik berjaja ikan, Ikan lepas kita merugi; Baik-baik menjaga iman, Iman lepas binasa hati.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Elok belat dapatlah ikan, Ikan belanak rasanya sedap; Elok adat selamatlah badan, Makan enak tidur pun lelap.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Belat dipasang mencari ikan, Ikan dapat boleh digulai; Adat dibilang jadi ikutan, Ikutan umat supaya damai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12345678910...

Kembali ke atas