Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Asam rumbia dibelah-belah,
     Buah separah dalam raga;
Dunia ikut firman Allah,
     Akhirat juga mendapat syurga.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Ikut hakim memiat daging: sakit di awak sakitlah orang.

Bermaksud :

Sesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan adil. memiat (piat) = memiuh ke kiri ke kanan.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Pantun

PantunSumberTema
Hari Jumaat ikut mengaji, Sehari dapat dua kali khatam; Nabi Muhammad patut dipuji, Memberi rahmat seluruh alam.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Minyak naik harga, Ikut pasaran dunia; Banyak tak terduga, Miskin terus teraniaya.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Abang takut melihat belalai, Ikut jangan dikira-kira; Abang takut kita terlalai, Lambat-laun jadi sengsara.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau meniup seruling bambu, Siapa yang ikut akan terbuai; Kalau hidup saling membantu, Mana yang kusut akan selesai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Wangilah bunga sedap malam, Banyak kumbang ikut menyeri; Lakilah tua merayap malam, Hendak ditendang takut mati.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Surung-surung papan, Papan rumah tuan; Kerana ikut syaitan, Tiada masa depan.Pantun Melayu SarawakBudaya
Basuh periuk jemur ditungging, Nampak hitam seperti arang; Ikut hakim memiat daging, Sakit di awak sakit di orang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Yang disebut berkain sarung, Kain disarung pengganti celana; Malangnya ikut pemimpin serong, Mainnya serong hati ke betina.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Asam rumbia dibelah-belah, Buah separah dalam raga; Dunia ikut firman Allah, Akhirat juga mendapat syurga.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Pok-pok bunga di kendi, Dalam kendi berkaca bunga; Ikut turut mengenal budi, Dalam budi saya terkena.Kurik Kundi Merah SagaBudi
12345

Kembali ke atas