Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ilmu (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan pengetahuan, kepandaian, kepakaran, keahlian, kemahiran, kebijakan, kebijaksanaan, kepintaran, pelajaran, pendidikan, seni, sains;,
Kata Terbitan : berilmu, keilmuan,

Puisi
 

Pisau lipat di atas geta,
     Ilmu jatuh ke padang;
Bagai disifat bagai dipeta,
     Haram tak jemu mata memandang.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Seperti ilmu padi hampa,
     makin lama makin mencongak.

Bermaksud :

Orang sombong, cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Pantun

PantunSumberTema
Tanda tua tahukan diri, Tahu tempat dengan letaknya; Tanda manusia ilmu dicari, Ilmu beradat dengan akhlaknya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Cik Mail menambat lembu, Dapat seekor ketam bertandan; Cantik puan pakai ilmu, Sungguh ilmu orang tak pandang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau dikau pergi meramu, Carilah kayu nan lurus-lurus; Kalau dikau menuntut ilmu, Carilah ilmu yang halus-halus.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Mencari ilmu bersungguh hati, Ilmu yang dapat kita amalkan; Terpuji Melayu patuh ke janji, Di situ tempat kita dimuliakan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Banyaklah temu dicabut orang, Temu berjalin batangnya rapat; Banyaklah ilmu dituntut orang, Ilmu pemimpin jarang didapat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Mencari ilmu sampai ke lahad, Supaya hidup tak sia-sia; Terpuji Melayu memakai nasihat, Negara tertutup syurga terbuka.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mencari ilmu hendaklah tekun, Supaya dapat dibuat bekal; Terpuji Melayu hidupnya rukun, Dunia akhirat tidak menyesal.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mencari ilmu hendaklah tabah, Supaya jangan kita terlantar; Terpuji Melayu akhlaknya indah, Memikul beban kita bersabar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mengkaji ilmu hendaklah sampai, Supaya jangan kita tersesat; Terpuji Melayu bijak perangai, Sesama insan kita bersahabat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalaulah cukup ilmu di dada, Banyak negeri dapat ditempuh; Kalaulah hidup mahu bekerja, Anak isteri dapat berteduh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12345678910

Kembali ke atas