Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ilmunya

Peribahasa

Mati gajah meninggalkan gading,
     mati manusia meninggalkan nama.

Bermaksud :

Orang kaya mati meninggalkan harta, orang alim meninggalkan ilmunya dan orang berjasa meninggalkan nama yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Zaman kini zaman kemajuan, Manusia banyak ilmunya; Dengan laki jangan melawan, Supaya tidak dimadukannya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman kini zamannya ilmu, Umat terbilang kerana ilmunya; Dengan laki janganlah ragu, Lambat pulang tarik seluarnya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Cakap bukan sebarang cakap, Cakap pandai nampak ilmunya; Kurap bukan sebarang kurap, Kurap bagai kelopak bunga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Elok anak bertuah ibunya, Tentu bertuah pula ayahnya; Elok akhlak berfaedah ilmunya, Tentu berfaedah pula kerjanya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Ramai orang di tengah pasar, Mahu belanja barangnya cukup; Pandai orang kerana belajar, Ilmunya ada senanglah hidup.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang mahu berendam; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang ilmunya faham.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Baik urat elok batangnya, Elok batang kuncupnya subur; Baik adat elok orangnya. Elok orang ilmunya bersyukur.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Baik urat elok batangnya, Elok batang kayunya rampak; Baik adat elok orangnya, Elok orang ilmunya banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Daripada manggis eloklah mangga, Kerana mangga rasanya enak; Daripada gadis eloklah janda, Kerana janda ilmunya banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Karang bunga di Bukit Kota, Ikan salai di atas para; Sekarang penulis wang berjuta, Nilai ilmunya tidak terkiran.Pantun Melayu SarawakNasihat

Kembali ke atas