Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.mam] | امام

Definisi : Ar 1. orang yg mengetuai sembahyang berjemaah: tengah hari itu, kami bersembahyang Zuhur di masjid, Bakar menjadi ~nya; 2. pemimpin, penganjur, ketua (negara dll); ~ yg empat penganjur empat mazhab yg menjadi ikutan orang-orang Islam (Syafii, Hanafi, Hambali, dan Maliki); I~ Mahadi pemimpin Islam yg dianggap akan muncul pd akhir zaman; ~ perang ketua dlm peperangan pd masa dahulu; ~ Yaman raja negeri Yaman; berimam mempunyai imam, ada imamnya: sembahyang ~ sembahyang dgn mengikut imam; berimamkan 1. mempunyai seseorang sbg imam (pd waktu sembahyang): mereka sembahyang berjemaah ~ Tuan Haji Yusuf; 2. mempunyai (menganggap dsb) seseorang sbg imam (pemimpin, ketua); mengimami memimpin (dlm masa sembahyang); mengimamkan menjadikan seseorang sbg imam: saya hendak menjemput lebai ~ sembahyang jenazah; keimaman kedudukan (jawatan dll) imam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.mam] | امام

Definisi : 1 orang yg mengepalai sembahyang yg dilakukan beramai-ramai (berjemaah). 2 orang yg menjadi penganjur atau pemimpin sesuatu ajaran (negara dll): ~ Yaman raja negara Yaman. ~ Mahdi pemimpin Islam yg dianggap akan muncul pd akhir zaman utk menyelamatkan umat Islam. ~ perang orang yg memimpin sesuatu pasukan perang. ~ yg empat empat orang penganjur (iaitu Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki) yg menjadi ikutan sebahagian besar umat Islam sekarang. berimamkan 1 memilih atau menjadikan seseorang sbg imam (ketika sembahyang berjemaah): Kami bersembahyang jemaah ~ Ustaz Yazid. 2 mempunyai seseorang sbg pemimpin atau ketua; berketuakan. mengimami menjadi imam (ketika sembahyang berjemaah); mengepalai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
imam
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :pimpin, pemimpin,

Puisi
 

Memukul itik di tepi kota,
     Mari dikayuh sampan pengail;
Imam khatib lagi berdosa,
     Bertambah lagi kita yang jahil.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Pakai sepatu Indera Bangsawan, Sayang pak imam pergi ke kota; Jangan begitu wahai kawan, Teguhkan iman di dalam dada.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kerana ayam lupakan taji, Banyaklah musang menahan jerat; Kerana imam lupakan kaji, Banyaklah orang kerja maksiat.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Memukul itik di tepi kota, Mari dikayuh sampan pengail; Imam khatib lagi berdosa, Bertambah lagi kita yang jahil.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Di zaman sekarang bermotor sangkut, Singgah sebentar rumah pak imam; Sebab adik tak mahu ikut, Dunia ini dunia pinjaman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Waktu duduk menanti malam, Banyaklah sampan dibakarnya; Waktu beruk menjadi imam, Banyak fatwa ditukarnya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak periuk menjadi hitam, Banyaklah berbedak arang; Sejak beruk menjadi imam, Banyaklah umat tidak sembahyang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu menteri berdagang tilam, Para datuknya membuat bantal; Pilulah hati memandang imam, Kerana nyanyuk ayat tertinggal.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ujung tiang diberi tanggam, Pecah sedikit tiangnya miring; Untung malang menjadi imam, Salah sedikit orang pun bising.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tengah hari duduk berteduh, Penat diam menanti petang; Patahlah hati duduk mengeluh, Melihat imam mandi telanjang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Cik Bedah orang Patani, Ikan toman dalam nipah; Tak sudah duduk begini, Panggilkan imam kita menikah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas