Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata inderagiri

Puisi
 

Inderagiri pasirnya lumat,
     Kerang bercampur dengan lokan;
Bagai nabi kasihkan umat,
     Begitu saya kasihkan puan.


Lihat selanjutnya...(14)

Pantun

PantunSumberTema
Inderagiri Kota Belanda, Orang Acheh menanam buluh; Memang untung berkahwin janda, Anak besar boleh disuruh.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Inderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Bagai nabi kasihkan umat, Begitu saya kasihkan puan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Inderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Sebagai nabi kasihkan umat, Begitulah hamba kasihkan tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Inderagiri pasirnya lumat, Garam bercampur dengan lokan; Umpama nabi kasihkan umat, Begitulah saya kasihkan tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Encik hendak ke Inderagiri, Tujuh petak dari ruang; Jangan suka puji diri, Bisa di badan tidak terbuang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Dari Daik ke Inderagiri, Dari Jeddah ke negeri China; Baik-baik jaga diri, Kita sudah selalu terkena.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kuda hitam sila hitam, Pakai anak Inderagiri; Tuan umpama intan manikam, Cahaya melimpah dalam negeri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Gunung Tahan Gunung Semabuk, Nampak dari Inderagiri; Sudah termakan buah mabuk, Terperanjat pula ibu sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Orang berperang dalam negeri, Negeri bernama Inderagiri; Mandi berlimau panau berseri, Hendak memikat tuan puteri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pisang pendek disambar helang, Jatuh sebiji ke Inderagiri; Dagang terselit di tempat orang, Baiklah fikir membawa diri.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
12

Kembali ke atas