Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ingatkan

Puisi
 

Air cetek mencuci baju,
     Bangun siang menidur anak;
Lama ditinggal ingatkan satu,
     Jangan tak hibur oranglah banyak.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

25

Dogs that bark don't always bite

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

PantunSumberTema
Banyaklah orang mencari pantau, Tidak ingatkan ikan toman; Banyak orang pergi merantau, Tidak ingatkan kampung halaman.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Adat beraja mengenang daulat, Adat berpenghulu ingatkan maruah; Adat bekerja memegang amanat, Adat berguru ingatkan petuah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mengail ke buntut jamban, Dapat pandan tiga kelopak; Bermain ingatkan zaman, Entah di mana badan tercampak.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Air cetek mencuci baju, Bangun siang menidur anak; Lama ditinggal ingatkan satu, Jangan tak hibur oranglah banyak.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sampan kotak perahu Cina, Sarat muat dalam peti; Kalau tuan ingatkan saya, Taruh-taruhlah dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau ada selasih dani, Ubi keledek masak kari; Kalau tuan ingatkan kami, Kain batik beri ke mari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cabut ciku tanam halia, Cabutlah serai di umbut manis; Masuk tidur ingatkan dia, Tunduk ke tikar duduk menangis.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari hulu turun ke pekan, Sampannya rosak di tengah hari; Kalau selalu ingatkan Tuhan, Apa dipinta pasti diberi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Kain baldu bersulam tangan, Sulam sutera cara lama; Hati rindu banyak kenangan, Ingatkan cerita zaman lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah derut rasanya masam, Untuk dibuat sambal belacan; Hati hanyut siang dan malam, Ingatkan adik lupalah makan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas