Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ngin] | ايڠين

Definisi : berasa mahu, hendak akan sesuatu, berhasrat: sekarang ia ~ ketawa pula, ketawa sepuas-puasnya; saya ~ bertemu dengannya apabila ia datang nanti; ~ akan sate; ~ dibuah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi prb menghendaki sesuatu yg agak susah didapati; ~ hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tiada prb ingin hendak membuat sesuatu pekerjaan tetapi alatnya atau wang tidak cukup; beringin berkehendak (akan), berharap (akan), berhasrat (akan): ~ akan mendapat seorang anak yg pandai; beringinkan berkehendak akan, berharap akan; mengingini, menginginkan 1. menghendaki, mengharapkan: semua manusia ~ kesenangan hidup; 2. mengidamkan: ~ buah-buahan yg masam-masam; memperingin, memperingini menaikkan hati (orang lain) supaya ingin akan sesuatu; teringin sudah berasa ingin: dia ~ hendak makan telur penyu; keinginan apa-apa yg diingini atau diinginkan, kehendak, kemahuan; berkeinginan mempunyai keinginan: lelaki yg ~ melamar, dibenarkan melihat gadis idamannya menerusi penghantaran wakil-wakil selaku perisik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ngin] | ايڠين

Definisi : berasa mahu atau hendak akan sesuatu: Kakak saya yg sedang hamil sangat ~ akan kedondong. mengingini mengharapkan benar-benar supaya tercapai atau mendapat sesuatu: Semua orang ~ kesenangan hidup. keinginan sesuatu yg diingini; kemahuan; harapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ingin (kata kerja)
Bersinonim dengan mahu, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan;,
Kata Terbitan : mengingini, menginginkan, teringin, keinginan, berkeinginan,

Puisi
 

Ingin pergi Kuala Tembelang,
     Tamat berjalan Kuala Cik Bilang;
Sakit di sendi ubat di tulang,
     Mana penyakit bolehkan hilang.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Ingin hati memandang (= melihat) pulau,
     sampan ada pengayuh tidak.

Bermaksud :

Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Pantun

PantunSumberTema
Intan dingin isinya dingin, Dingin tidak berbau lagi; Puan ingin tiada ingin, Ingin tiada baharu lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ingin pergi Kuala Tembelang, Tamat berjalan Kuala Cik Bilang; Sakit di sendi ubat di tulang, Mana penyakit bolehkan hilang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Biar orang berkain kanji, Kita berkain buatan Daik; Biarlah orang ingin dipuji, Kita ingin berbuat nan baik.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Walaupun berat membawa talas, Kerana ingin dibeban juga; Walaupun surat tiada berbalas, Kepada angin kupesan juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dari Beaufort pergilah Lumadan, Selalu ingin berlari-lari; Kalau terluput nyawalah di badan, Barulah boleh adik mengganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju dipakai baju yang mana, Ingin serai rimbun ke daun; Tinggal sekejap sebulan rasa, Rasa berkecai beribu tahun.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sejak betik berdaun rendang, Orang pun ingin bertanam jagung; Sejdik adik turun ke ladang, Abang pun rajin menggetah burung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Beringin di tepi huma, Daun lebat sebelukar; Ingin hati memetik bunga, Pangkal dililit ular besar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Angin sakala turunkan layar, Supaya maju sampah dikayuh; Ingin beramal tekun belajar, Kerana ilmu amalan senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Angin barat gelombang barat, Deru ombak bukan kepalang; Ingin selamat pegang amanat, Bila tidak hidupkan malang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12345

Kembali ke atas