| Ini baju kebaya, Corak bunga Rafflesia; Selamat maju jaya, Seluruh rakyat Malaysia. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Ini bulan bahasa, Kembara seluruh negara, Anak jadi mangsa, Ibu kena dera. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Ini lagu serampang laut, Pulau Tamu jauh sepadan; Layar berkembang kemudi dipaut, Tidak laju celaka badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Ini kuih baulu, Ini kuih meruku, Tidak kira bulu, Inilah bangsaku, | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Cincin ini cincin ditempa, Cincin ini ikat suasa; Kalau buah putik diranggah, Masam manis tak tentu rasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Zaman ini zaman menyalah, Manusia lupa hidup kan mati; Dengan bini janganlah marah, Supaya mudah bertanak nasi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Zaman ini banyak berubah, Betina banyak mencari jantan; Dengan bini banyak mengalah, Supaya lemak nasi dimakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Ayam ini ayam tambatan, Mari ditambat pantai Melaka; Kudengar tuan bergedung intan, Bolehkah saya tumpang berniaga? | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
| Ayam ini ayam Melaka, Mari dijual ke Tanjung Pagar; Kalau tuan ingin berniaga, Hasil negeri mahulah dibayar. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
| Malam ini malam Selasa, Malam besok malam Arbaª; Lepas kamu dari seksa, Di hari kiamat minta doa. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |