Ayam kelabu pakai topi, Rotan selingkar jatuh ke lubuk; Inilah air pembasuh kaki, Inilah tikar setempat duduk. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Selinsing selinduk, Anak kala memanjat pinang; Inilah cincin sebentuk, Tanda kita mengikat tunang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Malam ini malam Ahad, Malam besok malam Isnin; Inilah jalan-jalan makrifat, Tuntutlah ilmu sampai berkenan. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Nak luruh rupanya hari, Tidak pernah gelombang tujuh; Inilah tua rupanya kami, Tidak pernah mumbang tumbuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ini kuih baulu, Ini kuih meruku, Tidak kira bulu, Inilah bangsaku, | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Dari Jeddah sampai ke Madinah, Singgah sebentar menjamu selera; Inilah padah tidak amanah, Kerana rasuah masuk penjara. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Rumah ini asam kelubi, Jatuh ke laut timbul tenggelam; Inilah rasa mengenang budi, Rumahku jauh hari pun malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Kain dibeli lalu diikat, Beli di bandar Kuala Lumpur; Inilah juga tanda muafakat, Saya membawa sirih sekapur. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Teluk merah di atas talam, Talam terletak di atas geta; Inilah surat berkirim salam, Dakwat bercampur air mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Malam ini malam Sabtu, Malam besok malam Ahad; Rupa yang tujuh menjadi satu, Inilah jalan jalan makrifat. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |