Anak kuda berlari-lari, Berlari dengan tali-talinya; Banyak harta orang tak iri, Iri orang pada budinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kaluk paku kaluk berduri, Duri mencabik-baik baju; Elok baju orang tak iri, Iri menengok baik laku. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Apabila jaga meninggi hari, Banyak kerja tidak menjadi; Apabila suka iri-mengiri, Rosak binasa seisi negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kata adat kata berharga, Isinya dalam bila dikenang; Kita seadat dan sepusaka, Iri dan dendam sama dibuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Hujan panas di tengah hari, Tanda alamat hari kan buruk; Bukan kupanas kerana iri, Panas melihat adik merajuk. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Yang lurus biarlah lurus, Supaya tidak menjadi bengkok; Orang kurus biarlah kurus, Supaya tidak iri orang gemuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |