Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata iri;

Peribahasa

Bangau,
     bangau,
minta aku leher;
     badak,
badak minta aku daging.

Bermaksud :

Iri hati kerana melihat kelebihan seseorang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Anak kuda berlari-lari, Berlari dengan tali-talinya; Banyak harta orang tak iri, Iri orang pada budinya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kaluk paku kaluk berduri, Duri mencabik-baik baju; Elok baju orang tak iri, Iri menengok baik laku.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apabila jaga meninggi hari, Banyak kerja tidak menjadi; Apabila suka iri-mengiri, Rosak binasa seisi negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kata adat kata berharga, Isinya dalam bila dikenang; Kita seadat dan sepusaka, Iri dan dendam sama dibuang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Hujan panas di tengah hari, Tanda alamat hari kan buruk; Bukan kupanas kerana iri, Panas melihat adik merajuk. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Yang lurus biarlah lurus, Supaya tidak menjadi bengkok; Orang kurus biarlah kurus, Supaya tidak iri orang gemuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas