Hati-hati pinang muda, Pinang muda makan pipit; Sampai hati meninggal saudara, Tidak mengenang barang sedikit. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Jika berdayung tidak kuat, Hati-hati menempuh ombak; Jika kampung tidak beradat, Budi mati musuh pun banyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apabila meniup abu di dapur, Hati-hati terkena mata; Apabila hidup tahu bersyukur, Berbagai rezeki hatinya rela. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Api-api namanya kayu, Tumbuh rapat di tepi pantai; Hati-hati jika merayu, Salah alamat mati kubantai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kucing kurus meniup api, Api tidak mahu menyala; Badan kurus menahan hati, Hati tidak mendengar kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bila terpijak ke onak duri, Kaki berdarah rasanya pedih; Bila kusemak kehendak hati, Hati merana menahan pedih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Maksud hati menebang saja, Disuruh pepat apatah lagi; Maksud hati memandang saja, Disuruh dekat apatah lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sukalah hati berkain baru, Sebarang rendam tidakkan luntur; Sukalah hati pengantin baru, Siang malam tahan tak tidur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sukalah hati berkain baru, Benang sulam tapak selerang; Sukalah hati pengantin baru, Siang malam tidak berlekang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Susahlah hati makan berebus Walaupun kenyang tidaklah lazat; Susahlah hati berbadan kurus, Walaupun senang nampak melarat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |