Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[isy.ti.har] | اشتهار

Definisi : Ar pengumuman, pemakluman, per­nyataan, pemasyhuran; mengisytiharkan mengumumkan, memaklumkan, mempernyatakan, memasyhurkan: ia ~ pertunangannya; di Kuala Lumpur diadakan istiadat besar ~ kemerdekaan; perisytiharan pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran: mereka datang ke Kuala Lumpur hendak menyaksikan hari ~ kemerdekaan; pengisytiharan perbuatan mengisytiharkan sesuatu, pengumuman, pemakluman; terisytihar telah diisytiharkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[isy.ti.har] | اشتهار

Definisi : ; mengisytiharkan memberitahukan kpd orang ramai; mengumumkan; memaklumkan: Ketua Menteri telah ~ bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan diberi kemerdekaan pd 31 Ogos 1957. perisytiharan sesuatu yg diisytiharkan; pernyataan: Mereka mendengar ~ itu dgn khusyuk sekali. peng isytiharan perbuatan atau hal mengisytiharkan; pengumuman: ~ itu telah dibuat di Melaka pd 20 Februari 1956. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
isytihar
Rujuk :masyhur


Pantun

PantunSumberTema
Hutan terbakar di Kalimantan Barat, Kabus tebal tidak terperi; 19 September tarikh tersurat, Isytihar darurat seluruh negeri.Pantun Melayu SarawakUmum

Kembali ke atas