Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ti/] | ايتيق

Definisi : sj binatang yg lebih kecil drpd angsa, bebek; ~ manila = ~ mandarin, Aix galericulata; ~ nila = ~ surati itik ternakan Cairina moschata; ~ air = ~ berkek = ~ laut belibis (burung belebas); ~ berenang dlm air (di laut) mati kehausan prb menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi; ~ bertaji prb orang yg sangat penakut tetapi sombong; ~ tak sudu, ayam tak patuk prb sesuatu yg tidak berguna sama sekali; bagai ~ berebutkan tembolok prb perbantahan kerana sebab yg terlalu kecil; bagai ~ pulang petang prb (berjalan) sangat lambat; mengajar ~ berenang prb perihal membuat pekerjaan yg sia-sia; perkataan mengekor ~ jantan prb perkataan yg menyindir (sombong); spt ~ mendengar guntur prb mengharapkan keuntungan yg tidak tentu datang; tak ada ~ yg bertenger prb perkara yg mustahil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ti/] | ايتيق

Definisi : sj binatang yg lebih kecil drpd angsa dan pandai berenang; bebek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata itik

Puisi
 

Itik-itik di Kampung Cina,
     Buah mempelam masak bercahaya;
Adik-adik abang bertanya,
     Berapa bulan kasihkan saya?


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Itik mendapat air.

Bermaksud :

Memperoleh sesuatu yan sangat digemarinya.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Pantun

PantunSumberTema
Beras padi makanan itik, Itik biasa makan berdua; Belas hati pandang ke bilik, Bilik biasa tidur berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak itik si itik Tawi, Marilah mandi di dalam pedena; Kalaulah adik Sitalah Dewi, Abanglah semacam Serilah Rama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anaklah itik anak angsa, Hinggap di batang dibakar jangan; Tuan berbangsa saya yang hina, Jikalau sampai menyesal jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak itik terenang-renang, Anak kunci dalam perahu; Saya saja terkenang-kenang, Abang benci saya tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak itik terenang-renang, Anak kunci dalam perahu; Saya sahaja terkenang-kenang, Orang benci saya tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak itik terenang-renang, Anak kunci dalam perahu; Sahaja saya terkenang-kenang, Orang benci saya tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak itik terenang-renang, Renang mari depan perahu; Kita juga terkenang-kenang, Orang jauh tak ambil tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak itik terenang-renang, Anak kunci di haluan perahu; Kita saja terkenang-kenang, Orang benci kita tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak itik terenang-renang, Mati seekor di dalam padi; Duduk siang terkenang-kenang, Tidur malam termimpi-mimpi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak itik si anak angsa, Beri padi anak kededek; Anak ini anak celaka, Beri laki anak berkehendak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas