Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata itu

Puisi
 

Api siapa di teluk itu,
     Tempat budak membakar kurau;
Anak siapa secantik itu,
     Bolehkah kami menumpang gurau.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Yang ombak itu ombak juga,
     yang air itu air juga.

Bermaksud :

Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(267)

336

Love is blind

Cinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi.

Cinta itu buta

She did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless man

Dia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi. Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(367)

Pantun

PantunSumberTema
Kata itu kata berbilang, Bilang awal sampai ke hujung; Hina bangsa tiada berundang, Terbuang akal meragai untung.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Itu budak dua kelasi, Boleh tidak belayar kapal; Itu kain dua serasi, Boleh tidak bertukar pakai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Makin direndang semakin meresik, Itu membuat apinya menyala; Makin dipandang semakin asyik, Itu membuat hati menggila.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Api siapa di teluk itu, Tempat budak membakar kurau; Anak siapa secantik itu, Bolehkah kami menumpang gurau.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Api apa di teluk itu, Api orang membakar ketam; Laki siapa dipeluk itu, Laki orang pinang semalam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Api siapa di pondok itu, Apinya janda tengah menugal; Laki siapa yang bongkok itu, Sudah tua gila menggatal.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Api siapa di kapal itu, Sejak senja tiada beralih; Laki siapa yang gatal itu, Nampak perawan ludah meleleh.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Api siapa di ladang itu, Api orang memeram labu; Laki siapa yang miang itu, Pagi petang dalam kelambu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Baik-baik berjaja pari, Pari itu ada sengatnya; Baik-baik menjaga janji, Janji itu ada amanatnya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Biarlah parang dicanuk Iekat, Lekat itu banyak karatnya; Biarlah orang merebut pangkat, Pangkat itu banyak mudaratnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12345678

Kembali ke atas