| Lagi berbuah lagi berduri, Itulah nama asam paya; Lagi bertuah lagi berbudi, Itulah nama orang kaya. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
| Ada kerusi ada meja, Itulah tempat membasuh kaki; Ada budi ada bahasa, Itulah tempat ditaruh hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
| Bila bintang tidak berseri, Itulah tanda hari kan hujan; Apabila abang tidak peduli, Tentulah hamba mencari kawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Bila menimbang sama berat, Itulah tanda orang yang bijak; Apabila abang sudah sepakat, Lapanglah dada tenanglah otak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Hormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Apa bunyi berderang-derang, Itulah bunyi kulit kerang; Ingat bimbang zaman sekarang, Sedikit yang betul banyak yang kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Begitu juga keropok tenggiri, Hasil produk ahli pesara; Itulah wajah anak Negeri, Setia berkorban untuk Negara. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Pohon semancun tinggi sehasta, Tempatlah budak berjuntai kaki; Itulah pantun bukankah kata, Bukannya budak tidak mengerti. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Kemuning dibuatkan bendul, Semakin ditarah semakin baru; Nasi kuning berpagar telur, Itulah makanan pengantin baru. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Tudung dipakai kain cita, Kain murah kain kudi; Tolong menolong budaya kita, Itulah amalan orang berbudi. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |