Kalaulah hendak membeli kain, Belilah kain tahan pelasah; Kalaulah awak menjadi pemimpin, Jadilah pemimpin tahan bersusah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau hendak membeli cermin, Belilah cermin tembus cahaya; Kalau awak menjadi pemimpin, Jadilah pemimpin lurus bicara. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau hendak membeli cermin, Belilah cermin tempat berkaca; Kalau awak menjadi pemimpin, Jadilah pemimpin taat setia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pokok renek sarang penyengat, Melayi layu di tengah hari; Pujuk nenek kata keramat, Jadilah cucu payung negeri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kalaulah hendak membeli kain, Belilah kain yang tahan cuci; Kalau awak menjadi pemimpin, Jadilah pemimpin menahan uji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |