| Ditebang tidak tertebang, Ditebas juga akan jadinya; Diempang tidak terempang, Dilepas juga akan jadinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Patahlah kaki induk siamang, Usai menangis tidur jadinya; Patahlah hati Datuk Lubalang, Misainya habis dicukur bininya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Mengapa kakinya menjadi bengkok, Terpijak jarum bengkak jadinya; Mengapa bininya menjadi mabuk, Tak tahan mencium ketiak lakinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Walau banyak cawan dijual, Harga murah cepat larisnya; Walau banyak kawan berbual, Bersua janda cepat jadinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Kalau bertanak jangan menggulai, Kalau menggulai mentah asyiknya; Kalau gelap nak jangan menggilai, Kalau menggilai susah jadinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |