Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jahatlah

Peribahasa

Terpijak di tanah kapur,
     putih tapak;
terpijak di tanah arang,
     hitam tapak.

Bermaksud :

Perbuatan baik, baiklah akibatnya; perbuatan jahat, jahatlah akibatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Adat Melayu pantang meninggi, Meninggikan diri tanda takbur; Jahatlah laku melupakan budi, Hutang budi sampai ke kubur.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu pantang berkasar, Berlaku kasar sifatnya iblis; Jahatlah laku orang pengingkar, Berlaku ingkar adat terkikis.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu pantang berzina, Berbuat zina dosanya besar; Jahatlah laku membuang sumpah, Khianat ke sumpah tuahnya pudar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu pantang berjudi, Judi sabung membawa laknat; Jahatlah laku membuang kaji, Kaji dibuang binasalah umat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu pantang meminta, Meminta sedekah runtuh martabat; Jahatlah laku orang pendusta, Suak berdusta menjauh sahabat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu pantang berdendam, Orang pendendam hati berbulu; Jahatlah laku menentang Islam, Menentang Islam mati terpalu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu pantang bergaduh, Suka bergaduh hatinya busuk; Jahatlah laku orang bermusuh, Suka bermusuh kepalanya pesuk.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu pantang mendengki, Orang pendengki hidup gelisah; Jahatlah laku orang pengeji, Orang pengeji dikutuk Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu pantang berkeras, Keras dan paksa sifatnya syaitan; Jahatlah laku orang pemeras, Memeras bangsa dilaknat Tuhan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas