Hendak menjala jala tersangkut, Jala baru dikibar juga; Hendak mencuba hatiku takut, Hati takut dicuba juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sungguh elok merentang jala, Merentang jala tak ada basahnya; Sungguh elok orang nan gila, Orang gila tak ada susahnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jala rambang berantai timah, Hendak menebar laut Melaka; Mata rambang hendaklah diubah, Jikalau tidak badan binasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Bagaimana jala tidakkan koyak, Jala direntang kaki terpuruk; Bagaimana kepala tidakkan botak, Mentua garang bini perajuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau jala nan tidak kembang, Bila kembang adik kembangkan, Sampan bertuah kita meramu; Kalau nyawa nan tidak hilang, Kalau tak hilang adik sabarkan, Badan bertuah kita bertemu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bagaimana jala tidakkan koyak, Tali pengikat kena ranting; Bagaimana kepala tidakkan botak, Bini empat semuanya bunting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana jala tidakkan koyak, Dikait galah buluh berduri; Bagaimana kepala tidakkan botak, Duit punah nikah tak jadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Jika jala tidak ditebar, Manakan dapat ikan tenggiri; Jika adinda tidak sabar, Manakan dapat abang menanti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Memang jala menangkap ikan, Pasir kita tempat bermain; Memang saya nak tunjukkan, Kalau berani mari bermain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Apabila menebar jala, Lama-lama dapat ikan; Apabila besar kepala, Lama-lama dapat lawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |