Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jam.ban] | جمبن

Definisi : 1. tempat buang air, tandas; 2. Ph tempat mandi atau basuh kain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jam.ban] | جمبن

Definisi : tempat buang air; tandas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jamban
Rujuk :tandas

Puisi
 

Mengail ke buntut jamban,
     Dapat pandan tiga kelopak;
Bermain ingatkan zaman,
     Entah di mana badan tercampak.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban.

Bermaksud :

Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ikan lampam di ulak jamban).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Hayun jamban tak pilih, Hayun raga dimakan api; Putih langsat hitam tak boleh, Tulat tangkar berayun kaki.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mengail ke buntut jamban, Dapat pandan tiga kelopak; Bermain ingatkan zaman, Entah di mana badan tercampak.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Belok-belok ke jamban pilih, Teras seraya di dalam padi; Elok buruk aku tak pilih, Asalkan berkenan dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ulat bukan sebarang ulat, Ulat tahi di bawah jamban; Umpat bukan sebarang umpat, Diumpat bini bawa berjalan.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas