Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jam.bu.jam.bu] | جمبو٢

Definisi : jambul, gombak, bulu (di hujung tombak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jambu-jambu

Puisi
 

Buah jambu dimakan kera,
     Dipetik Rukiah lari ke hutan;
Ilmu itu bertiang tiga,
     Dialah cahaya penyuluh jalan.


Lihat selanjutnya...(20)

Pantun

PantunSumberTema
Jambu muda dari Rawa, Gugur bersepah di kebun Pak Ali; Tinggallah semua sanak-saudara, Saya pergi jangan dicari.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Buah jambu dimakan kera, Dipetik Rukiah lari ke hutan; Ilmu itu bertiang tiga, Dialah cahaya penyuluh jalan.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Teluk Jambu Padang Lengkuas, Anak katak di atas tunggul; Kalau peluk tak jemu pandang tak puas, Lama-lama nanti sekali timbul.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah jambu masak ranum, Makan enak bulan puasa; Abang lalu sambil tersenyum, Hendak dikenang tidak berjasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah jambu di atas meja, Sayang selasih datang baiduri; Hilanglah ingat tidak mengapa, Hilang kekasih membunuh diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Masak buah jambu, Masak jangan lalu; Susah payah ibu, Tetap diingat selalu.Pantun Melayu SarawakNasihat
Anak kancil memungut jambu, Sudah kenyang lari ke hutan; Sejak kecil menuntut ilmu, Supaya senang hari kemudian.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Jatuh bertukar si jambu mawar, Masak diembun bersama ciku; Masa jujur disangka penawar, Rupanya racun di dalam madu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Saku berisi buah jambu, Hendak dibawa ke pekan sehari; Kalau sudah kata begitu, Marilah kita mengikat janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Petang-petang berisi manik, Jambu air letak di tepi; Tuan datang marilah naik, Itulah air pembasuh kaki.Kurik Kundi Merah SagaAdat
123

Kembali ke atas