Buah labu masak, Masak hujung julai; Apa jamu kakak, Jamu nasi gulai. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Rempah ratus dibuat jamu, Ubat Melayu dari Samarang; Sebelum tua carilah ilmu, Bekalan hidup semua orang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Waktu hendak berhelat jamu, Kain dipakai baju dicari; Baru tegak menyambut tamu, Kain terburai tamu pun lari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Gendang bertabuh tigalah bangsal, Jamu-berjamu semangkuk jeluk; Nak menambat kasih yang tunggal, Macam ikan balik ke lubuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Nasi kuning semangkuk sabun, Mari jamu Raja Cina; Putih kuning bunga di kebun, Kembang sekuntum orang yang punya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai berhelat jamu; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai umat bersatu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Riuh-rendah bunyinya gendang, Tanda orang berhelat jamu; Hatiku gundah menanti abang, Bilakah gerangan dapat bertemu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Belilah kain serta selendang, Untuk dipakai ke helat jamu; Hatiku ingin menyapa abang, Orang ramai rasanya malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Belilah baju serta selendang, Dapat dipakai ke helat jamu; Hatiku rindu kepada abang, Hajat sampai dapat bertemu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Minum makan orang di balai, Kenduri besar berhelat jamu; Belum kupesan sudah sampai, Hati berdebar bercampur malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |