Bukan lada sebarang lada, Lada burung dari seberang; Bukan janda sebarang janda, Janda baru beranak seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Wakil udang kepada belida, Wakil belida kepada buntal; Degil bujang kerana janda, Degil janda kerana gatal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Daripada manggis eloklah mangga, Kerana mangga rasanya enak; Daripada gadis eloklah janda, Kerana janda ilmunya banyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Putus tali mengikat tangga, Mari diikat tali mengkuang; Putus hati pandang ke janda, Kerana janda anak seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Daripada cempedak baiklah nangka, Kerana nangka si panjang tangkai; Pada budak baiklah janda, Kerana janda si panjang akal. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Saya malas berumah di paya, Kerana di paya banyak lintah; Saya malas beristeri janda, Kerana janda banyak perintah. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Mak! Mak! Mintaku lada, Hendak menyayur pisang tumbang; Mak! Mak! Mintaku janda, Janda muda beranak seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Emak! Emak! Mintaku lada, Hendak menyayur pisang tumbang; Emak! Emak! Mintaku janda, Janda ada beranak seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Dari cempedak baiklah nangka, Nangka juga panjang tangkainya; Dari budak baiklah janda, Janda juga banyak akalnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Putus tali pengikat tangga, Tangga berikat rami gula; Putih hati memandang janda, Janda baru beranak dua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |