| Kalau redup hari kan hujan, Jangan sekali berjalan jauh; Kalau menutup rezeki kawan, Saban hari akan bergaduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Kalau tuan berjalan kaki, Jika penat naik kereta; Jangan sekali menurutkan hati, Seumur hati duduk bercinta. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Buah diikat dengan tali, Disimpandalam raga meranti; Buat jahat jangan sekali, Dimaki orang sampai ke mati. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Padang pasir debunya tebal, Berjalan kaki pastilah lenjin; Orang pandir tentulah bebal, Jangan sekali jadi pemimpin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Buah betik buah pedada, Buah diikat dengan tali, Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Andainya tekak tak mahu makan, Usahakan cari menurut selera; Andainya awak tak tahu jalan, Jangan sekali malu bertanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Gunung Daik bercabang tiga, Nampak dari Kuala Deli; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Tanam keduduk di tepi rimba, Pukul pahat dalam padi; Sungguhnya duduk bertindih riba, Jalan jahat jangan sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Orang darat menunggang kuda, Kuda ditunggang laju sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Orang Acheh memacu kuda, Kuda dipacu laju sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |