Orang kaya naik pedati, Ketawa jangan tidak berhenti; Saya berjaya masuk universiti, Awak tinggal cekalkan hati. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Sayang mengkodok di tanjung-tanjung, Sayang lengkuas di padang-padang; Jangan tidak cuba berlindung, Supaya puas kita berpandang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau dedak kata dedak, Jangan saya tertampi-tampi; Kalau tidak kata tidak, Jangan saya ternanti-nanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jangan diharap jagung kerbang, Entahkan berbuah entahkan tidak; Jangan diharap burung terbang, Entahkan singgah entahkan tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Jangan diharap padi seberang, Entah bertuai entah tidak; Jangan diharap cinta orang, Entah bercerai entah tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Supaya tangan tidak terluka, Jangan dipegang hulunya kapak; Supaya Tuhan tidak murka, Jangan disakiti ibu dan bapak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau kita tidak bersuluh, Jangan takut berjalan malam; Kalau kita tidak bermusuh, Jangan takut makan setalam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau kita tidak bergalah, Jangan takut membentang kajang; Kalau kita tidak bersalah, Jangan takut ditentang orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Walaupun parang tidak berhulu, Jangan pula disia-siakan; Walaupun orang tidak bermalu, Jangan pula dihina-hinakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Jika dayung tidak kuat, Jangan harap sampai ke seberang; Jika kampung tidak beradat, Jangan harap dihargai orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |