Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jan.tung] | جنتوڠ

Definisi : 1. organ berotot yg mengepam darah ke seluruh badan; debar ~ gerakan jantung; 2. benda yg berbentuk spt jantung; ~ betis daging yg terdapat pd betis, buah betis, anjing-anjing; ~ hati a) orang yg sangat dikasihi; b) hati (pusat segala perasaan); ~ paha daging yg terdapat pd paha; ~ pisang kuntum bunga pisang; ~ tangan daging yg terdapat pd tangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jan.tung] | جنتوڠ

Definisi : ; ~ badak sj tumbuhan (pokok), jelutung badak, Ervatamia hirta; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jan.tung] | جنتوڠ

Definisi : 1 organ di dlm rongga dada yg mengepam darah ke seluruh bahagian badan: Darah bersih dr ~ mengalir ke seluruh tubuh. 2 sesuatu yg bentuknya spt jantung 1: gasing ~. ~ betis daging yg terdapat pd betis. ~ hati a. orang yg sangat dikasihi. b. hati atau pusat bagi segala perasaan. ~ pisang kuntum bunga pisang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jantung

Puisi
 

Jantung ini jantung sekerat,
     Limau purut dalam ceper;
Pantun ini pantun ibarat,
     Dalam perut mencari fikir.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Makan hati,
     berulam jantung.

Bermaksud :

Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Ambil galah pelepah jantung, Pucuk bayam pucuk meranti; Kalau kita berkira pantun, Kokok ayam abang tak henti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merpati terbang melambung, Mari hinggap di awan putih; Buah hati pengarang jantung, Tuan seorang penyudah kasih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Air pasang tenang di hulu, Kain tudung hias di pintu; Jika terkenang masa dahulu, Jantung berperang dengan hempedu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah bacang buah kuini, Dibawa orang dari tanjung; Bukannya mudah memegang janji, Makan hati berulam jantung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah pauh buah bidara, Jatuh sebiji di atas peti; Tuan jauh jadi saudara, Bila dekat si jantung hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bawa bunga pergi ke pekan, Taruh mari atas peti; Badan kurus bukan tak makan, Kurus kerana si jantung hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas