Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kisi-kisi (jerjak) pd pintu atau jendela; 2. besi (kayu) yg menghubungkan pusat dgn lingkaran; 3. jejari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jari-jari

Puisi
 

Sebelah tangan jari lima,
     Dua tangan jari sepuluh;
Niat hati tanam delima,
     Sampai masa peria tumbuh.


Lihat selanjutnya...(68)
Peribahasa

Menggigit jari (= telunjuk).

Bermaksud :

Kecewa.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Pantun

PantunSumberTema
Cincin ada di jari manis, Cincin di jari si anak raja; Dengar ke mulut sangatlah manis, Nak hidup bersama nak mati berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Ali main guli, Main guli masuk lubang; Apa peduli cincin di jari, Cincin di jari diberi abang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bercincin di jari manis, Hendak kusimpan di dalam peti; Adik-adik tunduk menangis, Mari kita bersama mandi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cincin perak di jari manis, Tiada contoh mata dua; Jangan teriak jangan menangis, Tiada jodoh kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berjalan kaki menuju ke paya, Singgah sekejap menggali cacing; Wahai tuan saya bertanya, Di mana jari menyarung cincin.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beli atap bawa balik, Ambil timba menuju perigi; Semakin ditatap semakin molek, Termenung hamba menggigit jari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merbuk terbang ke tebing, Hinggap ia di dahan manggis; Kalau hendak menyarung cincin, Sarungkanlah di jari manis.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berapa jauh negeri Limbang, Datanglah burung pulang ke mari; Berapa jauh dudukku bertimbang, Datang juga berkepit jari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah anggur buah berangan, Jadikan dengan si buah manggis; Minta kubur di tapak tangan, Mintalah nisan si jari manis.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil lidi menyapu halaman, Burung tekukur memakan padi; Berjanji mati di tapak tangan, Hendak berkubur di hujung jari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas