Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ring.ja.ring] | جاريڠ٢

Definisi : jala-jala; ~ bahu Id bahagian dada di bawah bahu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jaring-jaring

Peribahasa

Laksana jauk penjauk yang kerap.

Bermaksud :

Terlalu kikir. jauk (sauk) = jaring kecil yang diberi bertangkai untuk menangkap ikan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Tengok-tengok menarik jaring, Kerana jaring talinya panjang; Elok-eloklah adik menjeling, Kerana dijeling hatiku bimbang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pasang naik merentang jaring, Kena ombak nampak kendurnya; Orang baik senang berunding, Kerana banyak tolak ansurnya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Cerita dikisah bertalu-talu, Jaring dikering bersama pukat; Cantiknya dara nak pandang selalu, Jeling menjeling hati terpikat.Pantun Melayu SarawakKasih
Kalau payah mencari pukat, Carilah jaring di kuala; Kalau payah mencari muafakat, Carilah runding balik semula.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau menangkap ikan kurau, Rentang jaring hingga ke seberang; Adat hidup sahabat bergurau, Sudah mati terbaring seorang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Ada pisau diasah tajam, Untuk membuat jaring ketam; Amerika itu sangatlah kejam, Kuasa diguna untuk mencengkam.Pantun Melayu SarawakRampai Tsunami
Air tenang dibawa belayar, Ketika balik jaring direntang; Hati bercabang dada berdebar, Menengok adik dijeling orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Diam-diam orang ke pantai, Untuk menjenguk jaring udang; Siang malam abang mengintai, Mabuk menengok adik melenggang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Diam-diam naik ke sampan, Membawa jala berserta jaring; Dalam diam adik doakan, Semoga kakanda tidak berpaling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas