Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jauh.jauh] | جاءوه٢

Definisi : sejauh mungkin, jauh sekali: pergilah ~ agar tiada sesiapa pun boleh mengganggumu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jauh-jauh

Puisi
 

Jauh-jauh kapal datang,
     Jintan selasih dimasak minyak;
Tuan jauh ke mari datang,
     Terima kasih banyak-banyak.


Lihat selanjutnya...(180)
Peribahasa

Jauh panggang dari api.

Bermaksud :

Jawapan atau sindiran yang tidak tepat.

 

Lihat selanjutnya...(48)

7

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana contoh begitulah gubahannya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana contoh begitulah gubahannya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Pantun

PantunSumberTema
Pucuk pauh ulam pauh, Pauh tidak diidam lagi; Tuan jauh saya jauh, Jauh tidak terulang lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Putik pauh lempar jauh, Kayu berduri di tepi kota; Adik jauh abang jauh, Jauh dari pandangan mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jauh-jauh kapal datang, Jintan selasih dimasak minyak; Tuan jauh ke mari datang, Terima kasih banyak-banyak.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau terbakar rumpun meranti, Elok ditebang dibuat suluh; Kalaulah khabar belum pasti, Elok dibuang jauh-jauh. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tuailah padi ketika masak, Tengokkan padi jauh-jauh; Imbaulah kami ketika nampak, Esok bercerai berjalan jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buah pauh asam pauh, Mari diambil dari hulu; Tuan jauh saya jauh, Sama-sama menanggung rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jauh berjalan payahlah kaki, Penatlah betis letak anggota; Jodoh idaman sudah berlaki, Hendak menangis awaklah tua.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Jauh ayam dalam kurung, Kurung bernama Cik Murai; Padi masak dimakan burung, Burung bernama burung punai.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Jauh sungguh kota seberang, Dekat lagi kota Cik Dayang; Susah sungguh kasih seorang, Entahkan tidak kasih dan sayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pucuk pauh rantingnya jatuh, Jatuh terlentang dimakan ulat; Tuanlah jauh saya pun jauh, Burung terbang berkirim surat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas