Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.mu] | جمو

Definisi : sudah tidak suka lagi (melihat, makan, dll), bosan, jelak, muak: saya dah ~ dgn masakan itu; ~ menanti; ~ hidup tidak suka hidup lagi (kerana kecewa dll); ~ jelak sangat jemu; tidak ~nya suka (akan sesuatu); menjemukan mendatangkan rasa jemu, mem­bosankan, menjelakkan, memuakkan: syarahannya panjang dan sungguh ~; kejemuan perihal jemu: mukanya me­nampakkan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.mu] | جمو

Definisi : sudah tidak suka lagi (melihat, makan dll); bosan; muak: Saya sudah ~ makan kuih itu. menjemukan menyebabkan berasa jemu; membosankan; memuakkan: Syarahan yg meleret-leret itu ~ para pendengar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jemu (adjektif)
Bersinonim dengan bosan, jelak, muak, cemus, jenuh, lugu, cermuih, pasai;,
Kata Terbitan : menjemukan, kejemuan,

Puisi
 

Teluk Jambu Padang Lengkuas,
     Anak katak di atas tunggul;
Kalau peluk tak jemu pandang tak puas,
     Lama-lama nanti sekali timbul.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Wangilah bau delima merkah, Mau diperam mudahlah busuk; Hatilah jemu dipaksa nikah, Baru semalam sudah beramuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Langit biru bulan mengambang, Bintang pelantik rangkai-berangkai; Tidak jemu mata memandang, Ilmu apa adik pakai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Teluk Jambu Padang Lengkuas, Anak katak di atas tunggul; Kalau peluk tak jemu pandang tak puas, Lama-lama nanti sekali timbul.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hari-hari belajar membilang, Dapat beguru menambah ilmu; Mahu jadi orang terbilang, Tuntut ilmu janganlah jemu.Pantun Melayu SarawakNasihat
Hendak runtuh runtuhlah tiang, Itik serati tidakkan lalu; Hendak jauh jauhlah abang, Adik menanti tidakkan jemu. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Angin ini angin apa? Angin melelai pucuk jambu; Main ini main apa? Main sudah sejelak jemu.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Pisau lipat di atas geta, Ilmu jatuh ke padang; Bagai disifat bagai dipeta, Haram tak jemu mata memandang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju kurung pakaian asli, Turun-temurun bangsa Melayu; Lagi cantik bertambah seri, Dipandang lama rasa tak jemu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ulam temu di kebun Pak Akob, Halia tumbuh dalam dulang; Mula bertemu macam tak cukup, Bila dah jemu tendang terajang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka

Kembali ke atas