Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.mur] | جمور

Definisi : 1. perihal mengeringkan (di panas matahari); dihukum ~ dihukum dgn di­letakkan di panas matahari; 2. Id mandi (memanaskan badan) dgn panas matahari; 3. Mn padi yg dijemur; membangkit ~ mengangkat padi yg sudah dijemur; ~ terkekar, ayam tiba prb baru sahaja dikeluarkan barang dagangan, sudah banyak orang datang membeli; berjemur mengeringkan (memanaskan) ba­dan di panas matahari: dia ~ di atas pasir; menjemur mengeringkan sesuatu di panas matahari: petani itu ~ padinya di tepi ben­dangnya; ~ dada ki berjalan mem­busungkan dada (sombong); ~ sementara hari panas prb kesempatan yg baik itu janganlah dilepaskan; meski ke langit akan ~, kalau hari tak panas tak juga kering prb kalau nasib tak baik bagaimanapun usaha tidak akan beruntung juga; terjemur dijemur, kena jemur; jemuran 1. barang yg dijemur; 2. Kl serambi rumah; penjemuran tempat (alat dll) utk menjemur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.mur] | جمور

Definisi : padi yg dikeringkan di tengah panas: membangkit ~ mengangkat padi yg dijemur. berjemur berpanas dlm cahaya matahari: Budak itu pengsan kerana terlalu lama ~. menjemur memanaskan atau mengeringkan sesuatu dlm panas matahari: Emak sedang ~ kain semasa orang itu datang. jemuran 1 benda-benda (spt kain padi dll) yg dijemur. 2 alat (spt tali, galah dsb) utk menjemur. penjemuran 1 tempat menjemur. 2 perbuatan atau hal menjemur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jemur
Kata Terbitan : berjemur, menjemur,

Puisi
 

Jemur padi di tanah padang,
     Anak ayam disambar helang;
Apa malang nasibnya badan,
     Burung di tangan disambar orang.


Lihat selanjutnya...(15)

Pantun

PantunSumberTema
Jemur padi padang lalang, Habis dimakan ayam denak; Abang menanti tengah malam, Habis belakang digigit nyamuk.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jemur padi di tanah padang, Anak ayam disambar helang; Apa malang nasibnya badan, Burung di tangan disambar orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jemur padi di atas tanah, Terbang merpati turun makan; Dalam berkasih datang fitnah, Terima kasih atas junjungan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jemur kain sidai di tali, Ikat kuat di dahan beringin; Tuan tak ingin aku tak sudi, Sama-sama mencari yang lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Basuh periuk jemur ditungging, Nampak hitam seperti arang; Ikut hakim memiat daging, Sakit di awak sakit di orang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kalau hendak menjemur padi, Jemur mari tengah halaman; Cuba-cuba menabur budi, Kalau baik dibuat jaman.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Ambil galah panjang sedepa, Jemur mari kain basahnya; Jangan salah jangan terlupa, Kalau rimau nampak belangnya.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kain batik baru dijemur, Jemur mari tengah kolam; Sungguh cantik bintang timur, Bintang tak boleh terangkan alam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kain cukin basahan mandi, Jemur mari di hujung galah; Ditamatkan pantun kebajikan budi, Memohon ampun barang yang salah.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Teluk Korban berliku-liku, Jemur kain di atas peti; Janji kita tidak begitu, Kain buruk sama dipakai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas