Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.ra.mi] | جرامي

Definisi : 1. batang padi yg sudah kering yg padi­nya sudah dituai; 2. urat yg terdapat di celah-celah isi nangka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ra.mi] | جرامي

Definisi : 1 batang padi yg sudah kering. 2 serat yg terdapat di celah-celah isi nangka dsb. 3 rumput (atau tumbuh-tumbuhan tertentu) yg dikeringkan utk makanan binatang ternakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jerami

Puisi
 

Putih jerami tanah lintar,
     Lintar menanah tiga puluh;
Tiga hari mayat terlantar,
     Menanti kain bekas tubuh.


Lihat selanjutnya...(25)

Pantun

PantunSumberTema
Apa diharap pada jerami, Habis padi jerami dibuang; Apa diharap kepada kami, Muka buruk budi kurang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Tali jerami penjerat rusa, Diikat pada kayu sebatang; Hatiku ini amat terseksa, Melihat tuan main belakang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tali jerami simpai selapis, Guna pengikat tataran lembing; Hatiku ini bagai diiris, Bila melihat tuan berpaling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Putih jerami tanah lintar, Lintar menanah tiga puluh; Tiga hari mayat terlantar, Menanti kain bekas tubuh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau ditegang jerami sianit, Keratlah juga berhemat-hemat; Kalau ditimbang bumi dan langit, Beratlah juga Nabi Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ketam padi jerami tinggi, Ketam pula balik pulau; Kalau tiada kami di sini, Siapa pula teman bergurau.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Orang mengetam jerami segumpung, Jatuhnya renggam ke tanah rata; Kalau tak sabit gunung melindung, Boleh kita bertentang mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Puyuh berlari dalam jerami, Tiak menyanyi merdu suara; Tujuh lautan telah kuselami, Tidak kutemui sebutir mutiara.Pantun Melayu SarawakPerantau
Pasang lukah dalam jerami, Belum patut di pangkalan; Alangkah hiba hati kami, Belum patutu abang berjalan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tidak salah padi jerami, Salahnya gantang tidak penuh; Tidak salah kepada kami, Salahnya abang tidak senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
1234

Kembali ke atas