Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jer.ja/] | جرجق

Definisi : 1. kayu atau besi yg dipasang bersilang (berpalang) pd jendela dll, kisi-kisi, jeriji, jeruji: mereka melihat dr ~ dlm penjara; 2. bilah-bilah yg dipasang tegak pd bakul (keranjang dll); 3. tiang kecil-kecil tempat memasang dinding rumah; tulang ~ Mn tulang rusuk; berjerjak mempunyai jerjak, ada jerjaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jer.ja/] | جرجق

Definisi : 1 kayu atau besi yg dipasang bersilang (berpalang) pd tingkap dll; kisi-kisi. 2 bilah-bilah yg dipasang tegak pd bakul (keranjang dll). 3 tiang kecil-kecil tempat memasang dinding rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jerjak (kata nama)
Bersinonim dengan kisi-kisi, jeriji, jeruji, terali, deruji, jari-jari.,

Puisi
 

Terang bulan di Pulau Dinding,
     Jerjak bertentang si Pulau Kera;
Malangku tuan tiada banding,
     Tuan seorang penglipur lara.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Bukit Tetagun Pulau Jerjak, Singgah semalam Padang Mat Sirat; Tubuh tembun badan pun segak, Mahu orang tak terpikat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Terang bulan di Pulau Dinding, Jerjak bertentang si Pulau Kera; Malangku tuan tiada banding, Tuan seorang penglipur lara.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tudung saji hanyut terapung, Hanyut sampai Pulau Jerjak; Hajat hati nak pulang ke kampung, Badan terkurung tempat dipijak.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Pulau Pinang laut keliling, Nampak dari Pulau Jerjak; Sirih pinang boleh kukirim, Hati rindu siapa nak bawa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Demang-demuk kapal di Tanjung, Nampak dari Pulau Jerjak; Remuk-redam badan menanggung, Hendak menangis bukannya budak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas