Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jeruk

Puisi
 

Sedap sungguh jeruk maman,
     Lepas setalam setalam pula;
Sedap sungguh berbantal lengan,
     Lepas semalam semalam pula.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Alangkah lazat jeruk mentimun, Diberi kuah bertambah perisa; Abanglah penat duduk melamun, Adik tak pernah mahu berjumpa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tuan makan jeruk maman, Tiga dengan daun campur; Sudah tuan tegak di laman, Naik ke rumah kita bercampur.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sedap sungguh jeruk maman, Lepas setalam setalam pula; Sedap sungguh berbantal lengan, Lepas semalam semalam pula.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah petai sedap dijeruk, Kalau jeruk hendak tua; Deraslah benar tuan merajuk, Orang merajuk lekaslah tua.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Tiga daun dilimau purut, Kinilah baru bernama jeruk; Tiga tahun pesanan berturut, Kinilah baru datang berturut.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ya ya kucing di rakit, Kucing makan jeruk belimbing; Emak! Emak! Tunangku sakit, Mari intai balik dinding.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Ngiau-ngiau kucing di rakit, Nak makan jeruk belimbing; Mak! Mak! Tunangku sakit, Nak mengintai di balik dinding.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Asam belimbing di dalam belanga, Dibubuh garam buat jeruk; Berputik dahulu baru berbunga, Buahnya jarang dimakan budak.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Hendak majun diberi majun, Majun ada di dalam jeruk; Hendak pantun diberi pantun, Pantun orang tua tidaklah elok.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak Cina membuat kebun, Buat pagar bersilang tiga; Buah masam buah di dusun, Buat jeruk dimakan juga.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas