Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.ka.lau] | جکالاو

Definisi : kata penghubung yg menyatakan syarat (janji), kalau (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.ka.lau] | جکالاو

Definisi : kata penghubung yg menyatakan syarat (janji); kalau: Saya akan mula bekerja besok ~ tuan membenarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jikalau
Rujuk :jika

Puisi
 

Dari Acheh bersapu tangan,
     Gajuk tiang mana nak cabut;
Jikalau kasih menghantar teman,
     Jikalau sayang berbilang rambut.


Lihat selanjutnya...(49)
Peribahasa

Jikalau tidak berada-ada (= ada berada-ada,
     ada mengada),
masakan tempua bersarang rendah.

Bermaksud :

Tentu ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Pantun

PantunSumberTema
Rautlah nyiru jambangan lidi, Jikalau mandi bersesah jangan; Jikalau mahu kami, Jikalau jadi menyesal jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jikalau kumbang sudah menyeri, Tentulah kelopaknya menjadi layu; Kalaulah abang sudah beristeri, Tentulah adikkan kuberitahu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jikalau tuan pergi ke Jenuh, Belikan saya ikan putih; Jika tuan beriman sungguh, Anak orang jangan dipilih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jikalau ia kajang di Biku, Tanam dedap dalam padi; Jika ia kata begitu, Alangkah sedap dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari Acheh bersapu tangan, Gajuk tiang mana nak cabut; Jikalau kasih menghantar teman, Jikalau sayang berbilang rambut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jikalau niat sudah terlanjut, Segala halangan jangan peduli; Jikalau hayatku sudah terbujur, Barulah tuan kurelakan pergi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jikalau makan sudah kenyang, Mahu berjalan tiada halangan; Jikalau nyawa sudah melayang, Barulah tuan hamba lepaskan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jikalau bintang tidak bersinar, Tentulah langit tiada berseri; Jikalau abang tak mahu bersabar, Berpisahlah kita sampai di sini.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jikalau hari mulai panas, Cepat-cepat mengembang payung; Jikalau hati mulai cemas, Cepat-cepat abang berkunjung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jikalau hari mulai gelap, Cepat-cepat pasang pelita; Jikalau hati mulai tak sedap, Cepat-cepat meminang hamba.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123456

Kembali ke atas