Payah sungguh orang menekat, Dibolak-balik tiada berhenti; Payah sungguh abang memikat, Jinak adik jinak merpati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Air jernih ikannya jinak, Bila mandi bertambah segar; Hati bersih kawan pun banyak, Ke mana pergi tuahnya besar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Air dangkal ikannya jinak, Ditangkap orang setiap hari; Hati mengkal dada pun kemak, Mengharap abang datang ke mari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sarat Merpati membawa mengkudu, Jinak merpati makan padi; Hasrat hati melayar rindu, Tanak nasi tidak menjadi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Menjerat kerbau jalang, Jerat ditahan sembilan mata; Sedang jinak ditatang abang, Tidak boleh ditangkap saja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tanak nasi buah berangan, Buat bekal pergi ke hulu, Jinak merpati makan di tangan, Lembut suami ditatang selalu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Ayam denak hujung tualang, Hutan batu simpul pulih; Hak jinak jadi jalang, Guna tipu hendak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ayam denak hujung tualang, Hutan batu bersimpul pulih; Hak jinak menjadi jalang, Ke mana hatiku hendak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung merpati terbang ke Perlis, Singgah hinggap ranting buluh; Sungguh jinak tangkap tak boleh, Seperti lalat hinggap ke tubuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ayam denak di tengah padang, Mari dipecat budak raja; Sungguh jinak mata memandang, Tak boleh ditangkap sahaja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |